Wednesday, November 30, 2011

RM100: Antara fitnah dan syukur


SEPANJANG minggu lalu isu pemberian wang bantuan persekolahan RM100 terus menjadi perbualan hangat masyarakat.

Kerajaan melalui Bajet 2012 Oktober lalu telah meluluskan peruntukan tersebut bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa dalam membuat persediaan menghantar anak mereka memulakan sesi persekolahan tahun depan.

Peruntukan yang mula diagihkan mulai minggu lepas kepada ibu bapa oleh sekolah mencetuskan beberapa polemik di kalangan masyarakat.

Antaranya terdapat sekolah yang cuba mengambil kesempatan dengan memotong sesuka hati pelbagai bayaran sampingan seperti yuran Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) di samping kegusaran ibu bapa yang tidak sempat untuk mengambilnya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Tindakan pihak sekolah yang cuba mengambil kesempatan itu telah menimbulkan rasa kemarahan dan ketidakpuasan hati ibu bapa yang berang dengan tindakan sekolah terbabit.

Mujur campur tangan segera pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) khususnya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengarahkan sekolah terbabit memulangkan kembali wang yang dipotong itu meredakan kembali keadaan.

Sepatutnya isu ini tidak timbul langsung. Pihak sekolah terbabit sewajarnya lebih sensitif dan bertanggungjawab dalam isu seperti ini yang membuat rakyat tidak puas hati dan marah.

Apatah lagi dilaporkan ada sekolah yang potong sehingga RM50 iaitu separuh dari bantuan kewangan terbabit.

Kita harap dengan adanya campur tangan KPM dan juga Timbalan Perdana Menteri sendiri, isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan secara berhemah.

Dalam pada itu pengumuman kerajaan bahawa bantuan kewangan ini boleh dituntut oleh ibu bapa sehingga akhir bulan ini termasuk ketika cuti sekolah pula disambut dengan gembira oleh ibu bapa yang belum berkesempatan mengambil wang pemberian tersebut.

Ternyata kerajaan serius dan ikhlas dalam menyalurkan bantuan ini demi meringankan beban ibu bapa menjelang musim persekolahan yang akan datang.

Namun apa yang dikesali ialah sudah ada pihak yang menabur fitnah kononnya pemberian bantuan kewangan ini adalah usaha pihak kerajaan untuk memancing undi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan datang.

Ternyata bagi golongan yang kekeringan idea dan modal politik serta terdesak seperti ini apa saja kebaikan yang kerajaan buat tetap dipandang sinis dan dilihat dari sudut yang negatif secara prejudis.

Lantas mereka mengambil peluang ini untuk menaburkan fitnah dengan cuba mengaburi mata rakyat melalui pelbagai dakyah dan fakta yang memesongkan dengan harapan rakyat akan termakan pujuk rayu terbabit.

Justeru, kita berharap sangat agar masyarakat akan lebih matang, waras dan adil dalam menilai dan menghakimi segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadap kerajaan seperti ini. Fikirlah secara positif dan elaklah segala prejudis terhadap usaha dan bantuan kerajaan untuk meringankan beban rakyat.

Ringkasnya, tepuk dada tanyalah selera masing-masing. Apakah selama ini kerajaan hanya membantu rakyat ketika musim pilihan raya semata-mata?

Bukankah selama ini segala jenis bantuan disalurkan sepanjang masa tanpa mengira musim dan keadaan. Malah di kawasan yang kalah juga kerajaan tetap menyalurkan pelbagai jenis bantuan atas rasa tanggungjawab kepada rakyat.

Ternyata apa yang kerajaan buat seperti bantuan kewangan ini adalah bukti keprihatinan dan keikhlasan pihak kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat.

Ini adalah tanggungjawab asas sesebuah kerajaan maka adalah tidak adil untuk kita melihat secara negatif dan prejudis.

Namun apa yang dikesali ialah kita yakin masih ada rakyat yang mudah terpengaruh dan percaya dengan segala tohmahan yang dilemparkan.

Malah lebih teruk lagi masih terdapat segelintir rakyat kita yang begitu mudah lupa segala bantuan yang kerajaan salurkan selama ini apatah lagi untuk mengucap terima kasih mahupun mensyukuri segala bantuan tersebut.

Belajarlah untuk sentiasa berterima kasih dan bersyukur dengan bantuan kerajaan. Pada masa yang sama kerajaan juga sentiasa mengharapkan sokongan rakyat tanpa berbelah bagi agar dapat terus menyediakan pelbagai lagi bantuan dan kemudahan demi kebajikan semua pihak tanpa mengira agama, bangsa dan kaum.

NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED
Ketua Bahagian Perancangan Korport
Universiti Putra Malaysia(UPM)
Serdang, Selangor

Monday, January 24, 2011

1 Malaysia Untuk Semua



UMNO semakin mantap dengan penyertaan orang Asli. UMNO bukanlah parti yang khusus untuk orang Melayu sahaja.

Lebih kurang 35 orang DUN Tenang telah keluar dari PKR dan menyertai UMNO. Membuktikan mereka sebelum ini sudah tersilap langkah dan sudah insaf dengan menyokong Barisan Nasional.

Apa yang kita harapkan masyarakat orang Asli di Pahang juga bertindak keluar beramai-ramai dari PKR dan jadikan kawasan mereka bebas dari pembangkang.

Sedarlah orang Asli di Pahang bahawa pembangkang hanya mampu mengelirukan pemikiran kita dan tidak mampu menunaikan janji-janji.

Friday, January 21, 2011

Rais Nafi Pembangkang Lari?

Pakatan Pembangkang kini senyap setelah gagal dalam memfitnah Dato' Seri Rais Yatim, Menteri Penerangan kononnya merogol seorang amah (pembantu rumah). Pembangkang beria-ia tidak memfitnah dan memburukkan nama Menteri sekaligus boleh mengundang tercetusnya permusuhan antara Malaysia dan Indonesia tetapi cubaan tersebut gagal.

Cerita Fitnah berakhir apabila Rubingah sendiri menafikan beliau telah diperkosa dan mengakui Dr. Rais adalah orang baik.
 
Tidak kita sangka Rais Yatim yang dikenali dengan kelunakan, keunikan dan lemah gemalai pantunnya tiba-tiba menyergah pembawa fitnah menyebabkan mereka terkengkang-kengkang lari bersembunyi. Bak kata orang jangan hanya pandai baling batu kemudian sembunyi tangan, tampil lah ke hadapan kalau berani.

Pembangkang sedaya upaya cuba merogol pemikiran rakyat seolah-olah isu ini benar. Jika mereka berpegang kepada Al Quran dan Al Hadis maka tidak akan berlaku kes seumpama ini. Jika datang sesuatu berita siasatlah dulu dan jangan main tangkap muat sahaja asalkan dapat beri kepentingan politik. "Islam Benci Fitnah".
 
Punyalah mahu 'back up' cerita Adun Selising... akhirnya memakan diri sendiri...tak senonoh betul parti yang mengaku parti Islam ini. Dah sampai tahap meroyan mahu membalas dendam.

Agak-agaknya lepas ini apa pulak tindakan mereka yang kaki putar belit dan putar alam ini. Barangkali mereka akan kata Rubingah telah dibeli untuk membuat kenyataan-kenyataan dan bayarannya lumayan RM......
 
Mungkin boleh dikatakan, siapa-siapa yang nak belajar fitnah bolehlah belajar dengan Pakatan Pembangkang terutama dengan Ulama PAS berkopiah putih. Adakah Tok Guru mereka satu masa dulu menghalalkan fitnah? Atau mereka yang sesat dan cuba menyesatkan orang lain?.

Thursday, January 20, 2011

Blog 1 Pahang

Selamat Datang Ke Blog 1 Pahang. Blog ini didaftarkan pada 21 Jan 2011.